Connect with us

Yang Hangat

Sarat Mengandung, Nad Zainal Masih Gagah Buat Kerja Rumah Walaupun Perut Hampir ‘Meletup’

Sempat juga Nad bersihkan rumah sebelum bersalin, jadi extra rajin ya bila dah saat-saat akhir ni.

Published

on

Biasanya kalau untuk ibu yang mengandung ni, pada saat akhir mereka bakal melahirkan, mesti doktor akan nasihatkan untuk mereka banyakkan berjalan bagi memudahkan proses bersalin.

Tetapi pelakon Nad Zainal nampaknya memilih untuk melakukannya dua dalam satu iaitu berjalan sambil membersihkan rumah!

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu ada kongsikan video pendek menunjukkan beliau sedang gagah untuk vakum ruang tamu rumahnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Lebih menarik lagi apabila Nad telah ‘memaksa’ pengikutnya di laman Instagram untuk meninggalkan tanda suka pada video berkenaan kerana beliau telah bersusah payah untuk mengemas rumah.

Dalam masa yang sama, ramai turut berasa teruja untuk kongsikan pengalaman mereka ketika sedang sarat mengandung dan menyifatkan sikap rajin mengemas itu merupakan tanda-tanda bakal bersalin tidak lama lagi.

Difahamkan Nad kini sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya yang mana kali ini beliau turut akan bersalin di hospital yang sama seperti kelahiran pertama sebelum ini.

Semoga urusan Nad akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok new baby!

Sumber foto dan video: Instagram Nad Zainal

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.