Tiada apa yang lebih menyedihkan selain kehilangan bayi di dalam kandungan. Ini yang berlaku terhadap pelakon terkenal, Nabila Huda yang disahkan gugur buat kali kedua baru-baru ini.
Nabila Huda dengan berat hati berkongsi khabar duka itu menerusi video di Instagram Story nya, katanya dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.
“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua.”
“Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.”
Berkongsi lebih lanjut, Nabila berkata dia sangat sedih kerana keinginan untuk ada anak itu sangat tinggi. Sudah lama dia menantikan kehadiran cahaya mata kedua selepas gugur kali pertama pada April tahun lepas.
“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat”
Turut berkongsi momen semasa hamil, dia sangat teruja, akan tetapi dalam pada masa yang sama, paranoid dengan kehilangan bayi di dalam kandungan.
“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya

Setakat ini, Nabila mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut. Namun dirinya berasa kasihan terhadap suaminya yang sudah lama menanti.
“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….
“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan pada Disember 2015 dan menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.

Post comments (0)