Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

‘Saya Mahu Permohonan Maaf Bertulis,’ Chacha Maembong Tepis Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

today18 October 2020

Background

Belum lagi selesai mengenai isu sindiket Macau Scam, kini nama pelakon Chacha Maembong pula turut terpalit mengenai hal tersebut.

Dalam masa yang sama, punca mengapa nama Chacha turut dikaitkan ialah kerana ada dakwaan membabitkan sindiket tersebut menggunakan populariti selebriti tempatan bagi menjalankan kegiatan ‘cuci duit haram’ mereka itu.

Ada netizen menuduh Chacha mendapat dana bagi membuka perniagaan miliknya daripada salah seorang individu yang pernah disiasat oleh pihak SPRM sebelum ini.

Berang dengan dakwaan palsu itu, Chacha telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya pada 17 Oktober lalu.

Selain itu, Chacha turut memberitahu bahawa dia tidak mengenali secara rapat dengan Dato Zaidi Kanapiah atau isterinya, Datin Alya kerana gambar yang diperkatakan itu diambil pada Januari 2017 yang lalu.

“Saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah pun menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya. Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain.”

Disebabkan itu, adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga meminta supaya mereka yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu dapat mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya.

Nampaknya mungkin selepas ini akan ada tindakan undang-undang dikeluarkan oleh pihak Chacha sekiranya mereka yang terlibat tidak berbuat demikian.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Klopp bimbang kecederaan Van Dijk

Liverpool: Kecederaan lutut yang dialami pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk menunjukkan petanda tidak bagus, kata pengurus juara bertahan itu, Jurgen Klopp. Van Dijk mengalami kecederaan itu selepas menerima cabaran keras penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada babak pertama perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 selepas masa penuh. Pertahanan Belanda berusia 29 tahun, tidak dapat meneruskan aksi dan perlu menjalani ujian imbasan bersama-sama Thiago Alcantara yang turut... Klik sini untuk […]

today18 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *