Beberapa hari lalu kecoh dengan tindakan seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew di mana beliau mencuba untuk membantu menghantar pelajar pulang ke kampung.
Ini selepas beberapa institut pengajian tinggi mengumumkan untuk menangguhkan pendaftaran masuk pada 27 September lalu.
Namun, usaha murninya itu terpaksa dihentikan susulan terdapat beberapa suara yang kurang senang dengan tindakan tersebut.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu kenyataannya semalam menyatakan pihaknya menghargai usaha dilakukan pendakwah itu tetapi sepatutnya beliau perlu mendapatkan kelulusan universiti terlebih dulu.
“Dalam keadaan krisis pandemik Covid-19, Ebit perlu mematuhi segala proses penghantaran pulang penuntut dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan ditetapkan,”
Ustaz Ebit Lew bagaimanapun telah tampil memohon maaf kepada pihak pentadbiran UPSI terutama vice chancellor sendiri yang menghubungi pihak Ustaz Ebit Lew supaya beliau membuat permohonan maaf.
Menerusi laman Twitter, ramai yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran kerana menyalahkan Ustaz Ebit Lew yang hanya menyediakan bantuan.
Namun, ada juga yang bersetuju dengan pihak universiti terbabit kerana jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, ia akan lebih merumitkan keadaan.
Apa-apa pun, terima kasih Ustaz Ebit Lew kerana sentiasa ada bagi mereka yang memerlukan.
Artikel ditulis oleh: Adis Abu Bakar
Post comments (0)