Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Saya Tahu Apa Yang Terjadi, Kita Tunggu Dan Lihat” – Suami Nadia Brian Jawab Isu ‘Orang Ketiga’

today30 September 2020

Background

Masih belum selesai pergolakan rumah tangga antara pelakon Nadia Brian dan Muizz Nasruddin, kini timbul pula dakwaan mengenai kehadiran orang ketiga yang dipercayai pelakon Aidit Noh.

Apabila ditanya mengenai gosip yang tersebar itu, suami kepada nadia iaitu Muizz enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan terbabit, namun percaya segala kebenaran pasti akan terbukti satu hari nanti.

“Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. Saya percaya Allah akan permudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih.

“Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri. Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat,” 

Sebelum ini, Aidit pernah menafikan dakwaan dia mengganggu rumah tangga pasangan terbabit sebaliknya mendedahkan hubungan dengan Nadia atas urusan kerja semata-mata.

Apabila ditanya mengenai hubungan status perhubungan bersama Nadia, Muiz mengakui dia dan Nadia masih lagi suami isteri yang sah.

“Status kami masih sah. Jadi buat apa saya nak padam gambar kami. Saya rasa orang boleh nilai sendiri. Saya tak berasa tertekan pun dengan apa yang terjadi sebab Allah ada.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan kehidupan. Itu saja yang boleh dikongsi buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, di laman sosialnya, Muizz turut memuat naik gambar hitam putih dengan kapsyen seperti memberitahu dia dikhianati oleh pasangannya.

https://www.instagram.com/p/CFjx65Gp8dg/

“Taking a leap of faith…”

“It was real for me,”
“I gave my heart and soul,”
“Knowing that I did my best but it’s still wasn’t enough for you..”

“Nothing hurts more than being betrayed, disappointed and insulted by the one person you thought would never hurt you”

“Thank you to my family & friends for the moral support, you know who you are”

“I believe ALLAH has better plans for me”

“Justice will prevail, InsyaALLAH”

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial sejak Ogos lalu namun Nadia menafikan dakwaan hubungan mereka sedang dilanda masalah.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Ramai Tersentuh Dengan Luahan Lelaki ini

Oleh kerana usaha beliau yang tanpa henti mencari kerja baru, akhirnya ia membuahkan hasil. Dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga bersama syarikat baru dan mendapat tawaran pekerjaan tersebut."Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Bila dapat panggilan interview saya beritahu isteri. Tapi, dibuang kerja saya tak beritahu."Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau on the way cari kerja, percayalah dengan diri sendiri, jika kita... Klik sini untuk baca […]

today30 September 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *