Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Saya Terpaksa Tolak Tawaran’- Que Haidar Tegur Etika Kerja Syarikat Produksi

today8 October 2020

Background

Dunia hiburan kini semakin mencabar selepas ramai pendatang baharu muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Pada 7 Okotber lalu, pelakon terkenal Que Haidar telah memuatnaik satu posting di Instagram miliknya bagi meluahkan rasa kecil hatinya terhadap sebuah produksi tempatan.

  

Que telah dilamar oleh sebuah produksi ini tetapi baginya etika kerja yang ditunjukkan oleh individu tersebut sangat tidak profesional kerana dia terus bertanyakan tarikh kekosongan Que dan bukannya memberi keterangan tentang naskah tersebut terlebih dahulu.

Saya memang tak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu projek, anda terus bertanya tentang date saya dahulu. Anda sepatutnya bentangkan isi projek tersebut, siapa pengarah, jalan cerita, watak dan pelakon yang lain.

Tambah Que sepatutnya pelakon itu sendiri yang perlu bertanyakan tarikh, bukannya pihak produksi yang terus memberi tarikh.

Baginya apa yang penting ialah untuk mengambil tahu terlebih dahulu tentang jalan cerita sebelum pelakon mempertimbangkan naskah tersebut.

Disebabkan itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu terpaksa menolak tawaran lakonan tersebut.

Kebanyakan peminat meninggalkan komen supaya Que memberi peluang dan mempertimbangkan semula tawaran tersebut.

Namun Que tetap bertegas untuk menolak kerana dia sangat mementingkan etika kerja bagi pihak produksi.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Tak Pasal-Pasal” – Lelaki Ini Kena Bayar Harga Burger RM920 Masa Pesta Hari Jadi

Dipendekkan cerita, lelaki itu hanya memesan burger dan air sahaja yang dianggarkan lebih kurang RM80+, sementara 7 orang yang lain memesan makanan yang mahal-mahal dan alkohol.Semasa hendak membuat bayaran, lelaki itu diarahkan untuk membayar RM460 seorang termasuk birthday girl membuatkan harga ini menjadi double."Aku bukan berkawan dengan korang sangat, aku ni orang luar kot," katanya. Tambahnya, jika dari awal dia tahu kena bayar sebanyak ini, dia tidak akan bersetuju... Klik sini […]

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *