Bukan mudah ya untuk menjadi seorang wanita yang bernama Elizabeth Tan, setiap perkara yang dilakukan akan menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi daripada kau Adam.
Kali ini, penyanyi lagu Knock Knock itu telah kongsikan video beliau membuat TikTok dan seperti sudah dapat dijangka, video tersebut mendapat perhatian ramai pengikutnya di laman Instagram.
Elizabeth atau lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy itu telah memakai singlet berwarna pink bersama dengan skirt bercorak kotak-kotak.
View this post on Instagram
Ruangan komen posting tersebut telah dibanjiri dengan komen yang bercampur baur, ada yang memuji kecantikannya dan ada juga komen nakal ya.
Seperti yang kita tahu, setiap posting Lizzy di Instagram mesti terdapat komen yang sebegitu, mujur Lizzy sendiri pun tak layan komen-komen tu semua.

Harapnya Lizzy akan terus ignore sahaja la komen-komen nakal tu, tapi tak mustahil kalau satu hari nanti Lizzy mula balas semua komen.
Waktu tu risau korang pula yang terkejut sebab kena marah dengan Lizzy.
Ingat, kalau tak ada benda elok nak komen lebih baik diam sahaja ya.
Sumber foto dan video: Instagram Elizabeth Tan