Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Sayang Akan Menyusul Kemudian Abang”- Luahan Isteri Arwah Abam Undang Sebak

today12 October 2020

Background

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila kehilangan kekuatan dan tempat berlindung daripada seorang insan yang dipanggil suami.

Itulah yang dihadapi oleh balu pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah.

Mengakui dia sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa Abam di sisi, Hidayah memuat naik satu hantaran di Instagram mengenai luahan rasa rindunya terhadap arwah selepas genap lapan bulan meninggal dunia.

https://www.instagram.com/p/CGKw4QpBYLq/

“10.10.2020 8bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang..sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah”

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi, sangat sukar, sangat susah dan sangat SAKIT nak lalui semua, tapi kekuatan sayang keluarga alhamdullilah sayang bangun untuk capai impian kita”

“Sekarang sayang dah ada KEDAI berkat DOA dari semua orang”

Selain berjanji untuk memegang amanat menjaga satu-satunya anak mereka, Hidayah juga turut berkongsi kegembiraan impiannya untuk membuka sebuah kedai cempedak yang berada di Sabak Bernam kini tercapai.

Hantaran yang dimuat naik itu mengundang perhatian warganet, rata-rata kagum dengan semangat Hidayah dan turut mendoakannya.

Dalam pada itu, Hidayah turut menyertakan doa berkata bahawa dirinya yakin pada segala ujian dan dugaan yang diberikan Allah SWT kepadanya.

“Aku yakin padaMu, Ya Allah .. Aku yakin pada rancanganMu .. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya .. AL-FATIHAH suamiku syed Umar Mokhtar”

Written by: Fieyna Azman


Previous post

unnamed

Sosial

Sejarah Pizza Hut, Bermula Daripada Pinjam Duit Ibu Sampai Jadi Jenama Besar

Pizza Hut adalah jenama besar dalam industri makanan dan minuman. Dilahirkan pada tahun 1958, hari ini, Pizza Hut adalah syarikat francais pizza terbesar di dunia. Di Malaysia, Pizza Hut mula bertapak pada 19 Mei 1982 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Did you know the first Pizza Hut outlet in Malaysia was opened in 1982 at Plaza Yow Chuan? #ThrowbackThursday Posted by Pizza Hut on Thursday, June 4, 2015 Sejak itu, […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *