Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Gurauan Double Meaning Guru Buat Pelajar Tak Selesa, Ini Reaksi Netizen Selepas Tonton Video Penuh

today25 April 2021

Background

Guru umpama lilin yang membakar diri bagi menerangi hidup orang lain dan mereka juga merupakan antara individu yang pelu dihormati sebagai barisan pendidik.

Namun sebagai guru, semestinya mereka perlu memberikan contoh yang baik kepada para pelajar dan bukannya membuatkan mereka berasa tidak selamat.

Penerbit Michael Ang dan juga pelakon Diana Danielle telah kongsikan satu video pendek dari aplikasi TikTok menunjukkan seorang pelajar sekolah meluahkan perasaan tentang kelakuan seorang guru lelaki di sekolahnya.

“It was going good, we were talking about sexual harassment, taking care of ourselves. He was making a couple of jokes, but it was normal at first. But slowly the jokes were getting weirder and lucah.”

Difahamkan mereka sedang berbual tentang undang-undang untuk salah laku gangguan seksual, tetapi ayat yang keluar dari mulut guru itu begitu mengejutkan.

“Nanti korang nak rogol, jangan la rogol bawah 18, rogol atas 18.”

Ketika itu, seluruh kelas menjadi riuh rendah akibat gelak ketawa daripada pelajar lelaki tetapi tidak bagi pelajar perempuan.

Mungkin bagi mereka ia hanya gurauan kecil sahaja tetapi hakikatnya ia membuatkan pelajar perempuan yang lain berasa tidak selesa.

“They even talk about, if boys were raped, it was not reported because the boys is ‘sedap’ or it feels good for them.”

Aduh, menakutkannya perbualan mereka itu sehingga ia dianggap sebagai perkara biasa untuk dibualkan.

Video tersebut turut membuatkan ramai warganet terkejut dan berasa marah sehingga mereka mahu gadis tersebut membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Ada juga antara netizen meminta supaya guru tersebut dikenakan tindakan kerana apa yang dilakukan olehnya tidak boleh dimaafkan.

Sebenarnya isu gangguan seksual bukan lah perkara kecil yang hanya boleh dipandang ringan sahaja kerana ia sedikit sebanyak membuatkan mangsa berasa tidak selamat.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tiada pelajar lain yang terpaksa mendengar kisah ‘gurauan’ seperti itu.

Sumber foto dan video: Instagram Diana Danielle dan Michael Ang

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post