Selagi masih belum selesai mengenai kes pelacuran kelas atasan melibatkan beberapa selebriti Malaysia dan juga instafamous, netizen masih lagi berteka-teki sehingga ada yang sanggup menabur fitnah.
Terkini, nama pelakon Scha Elinnea pula dipetik oleh beberapa netizen yang menganggap dia terlibat dalam kegiatan kotor itu.

Disebabkan itu, dia terpaksa membuat laporan polis bagi membersihkan semula namanya daripada terus dituduh.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, laporan polis itu dibuat olehnya selepas ada satu blog menggunakan gambarnya sebagai gambar hiasan bagi isu berkenaan.
Meskipun gambarnya sudah ditutup tetapi masih ada netizen yang beranggapan dia sememangnya terlibat dengan isu skandal itu.

Kalau semalaman dapat RM4o,000, baik saya tak payah susah-susah berlakon. Sekarang saya sedang shooting tiga drama menyebabkan saya terpaksa ulangalik dari KL ke Kuantan. Saya terkilan kerana susah payah mencari rezeki untuk diri dan keluarga, takkan nak bagi duit hasil pelacuran dekat keluarga?
Walaupun saya berpakaian seksi, tapi saya masih waras dan tahu halal haram. Seksi hanya imej diri, tak bermakna saya sanggup jual maruah diri.
Tambah Scha ketika ditemui oleh sebuah portal hiburan tempatan pada 21 Oktober lalu menjelaskan, selepas penyebaran berita palsu itu, ada yang sehingga bertanyakan kepadanya harga untuk satu malam.

Perkara sebegitu sudah melampaui batas kerana ia juga telah mencemarkan nama dirinya serta keluarga.
Dalam masa yang sama, syarikat pengurusannya iaitu Absolut Management turut menegaskan bahawa tiada wang sebanyak RM40,000 dimasukkan ke dalam aliran tunai keluar masuk akaun bank peribadinya.

Maka dengan itu, Scha turut berharap semoga isu ini tidak akan berlanjutan lagi kerana ia akan mengganggu kariernya sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik.
Post comments (0)