Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Selepas Mimi Lana, Diana Danielle Dan Ika Nabella Pula Tampil Bare Face!

today18 January 2021

Background

Sebelum ini pelakon cantik manis yang juga kekasih kepada selebriti terkenal tanah air, Syafiq Kyle, iaitu Mimi Lana telah berkongsi sekeping foto wajahnya tanpa sebarang solekan sehingga mencuri perhatian ramai di Instagram.

Tindakan Mimi itu boleh dikatakan satu tindakan yang sangat berani kerana bukan semua orang ada kekuatan dan keberanian untuk tampil tanpa sebarang make-up di media sosial sepertinya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Kini, ramai artis dilihat turut mengikut jejak langkah Mimi dengan memuat naik gambar mereka tanpa sebarang solekan.

Antaranya adalah pelakon terkenal, Diana Danielle yang bersetuju dengan kenyataan Mimi, keluar tanpa sebarang makeup adalah suatu nikmat bagi seorang wanita.

Diana juga meluahkan rasa lega kerana kulitnya kini boleh ‘berehat’ daripada memakai make-up selepas hampir dua bulan menjalani penggambaran dengan solekan yang tebal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Malah, pelakon yang pernah popular dengan filem Revolusi Drift itu turut berterima kasih pada Mimi kerana tampil berani menunjukkan kulitnya yang sebenar.

Selain Diana Danielle, pelakon Ika Nabella juga tidak terlepas melakukan perkara itu!

Menulis di kapsyen :

“Haritu nampak Mimi Lana (toksah dok pi tag dia segan ?) post gambaq dia bare face. Mak budak ni pun nak buat jugak post dengan bibiaq kering lagutu, tepi hidung melupaih,mata toksah dok kata apa la mangkit tengah malam menyusu anak sib baik ada @innateofficialhq Memang no filter no makeup tapi all 4 lampu dlm bilik tu semua I switch on hahahahah aci tak? ?”

Alahai comel je mommy Ika ni!

So macam mana? Korang ada ‘bran’ tak nak cuba bare face macam Mimi Lana ni?

Jangan risau lah apa orang nak kata, sebab hanya diri kita yang mampu bahagiakan diri sendiri.

Bak kata omputih, “Being pretty without makeup is a serious flex”!

 

 

Sumber : Instagram Diana Danielle, Mimi Lana & Ika Nabella.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Reaksi Kanak-Kanak Ini ‘Urut Dada’ & Tahan Sabar Dengan Bapa Buat Netizen Cair

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang sibuk mewarna lukisan 3D di tablet sambil ditemani bapanya.Namun, tidak lama selepas itu bapanya secara tiba-tiba mengambil pen daripada kanak-kanak tersebut dan membuatkan dia seperti mengeluh dengan bapanya.Apa yang lebih melucukan, kanak-kanak itu memberikan reaksi comel dan di luar jangkaan dengan mengurut dadanya seperti menahan sabar dengan karenah bapanya itu.

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *