Dalam masa pandemik COVID-19 yang melanda negara, banyak cara yang dilakukan oleh kebanyakan peniaga bagi melariskan jualan.
Begitu juga dengan pendakwah bebas PU Riz yang juga suami kepada pengacara terkenal, Noor Neelofa yang kini dilihat semakin aktif bermain TikTok dalam masa yang sama bagi mempromosikan perniagannnya.
View this post on Instagram
Namun kali in, PU Riz tampil dengan video lain daripada yang lain apabila beliau nampak benar-benar mengikuti perkembangan seperti anak muda yang lain.
Maklum lah, PU Riz kini baru sahaja berusia 26 tahun dan tidak mustahil beliau tidak mengikuti trend masa kini.
Apa yang lebih melucukan ialah ada pengikutnya dalam laman Instagram tertanya-tanya adakah video tersebut di edit oleh Neelofa sendiri?
Mana tidaknya, sebelum ini PU Riz tidak pernah muncul dengan video begitu, siap ada transition lagi ya.
Mereka turut terhibur melihat cara yang digunakan oleh PU Riz, tapi risau ya kalau tiba-tiba lepas ni beliau berjoget pula.
Sumber foto dan video: Instagram PU Riz