Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sempat Masak Untuk Arwah Buat Kali Terakhir, Elisha Dan Fasha Sandha Kehilangan Rakan Baik

today8 December 2020

Background

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan berita kematian yang mengejutkan ramai pihak dan yang paling terbaharu adalah berita pemergian anak lelaki, ibu mertua dan pembantu rumah pemain bola sepak, iaitu Syafiq Ahmad yang terlibat dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan.

Terbaharu, pelakon jelita Elisha Sandha dan Fasha Sandha pula kehilangan rakan baik mereka, iaitu Amirul AzwanΒ  yang telah pergi menghadap Ilahi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Berita itu dimaklumkan oleh mereka berdua yang di muat naik di laman Instagram masing-masing dengan kapsyen sayu menceritakan kenangan bersama arwah.

β€œYou were close with my family, dah jadi anak angkat mama. It is very hard for me to take it in but Alhamdulillah Allah izinkan i jumpa abg mirul for the last time walaupun I’ve been so busy with work.” tulis Elisha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Malah, Fasha juga meluahkan rasa sedih,Β  kerana arwah sangat rapat dengan keluarganya dan pelakon itu juga memberitahu dia sempat memasakkan untuk arwah buat kali terakhir.

β€œDalam hati terdetik, mungkin tidak berkesempatan untuk berjumpa lagi,…Allah izinkan kita untuk berjumpa. Sempat masakkan Buat Mirul buat kali terakhir. Memang benar, Orang yang baik Allah akan ambil dulu walau dalam keadaan apa cara sekalipun….?” ujar Fasha

Difahamkan, Allahyarham merupakan sahabat baik kepada Elisha dan juga anak angkat ibunya.Β 

Tidak dinyatakan punca kematian, Elisya dan Fasha memohon orang ramai supaya mendoakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dirahmatiNya.

β€œAllah lebih menyayangimu Mirul. Kesayanganku, Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat Amirul Azwan.”

Kami di Hot FM turut berdukacita dengan perkhabaran ini.

Semoga keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Sumber : Instagram Fasha Sandha & Elisha Sandha

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“Rupanya Jodoh Yang Tiba” – Cara Lelaki Ini Mahu Berkenalan Dengan Gadis Tarik Perhatian

Selepas sebulan berkenalan, lelaki itu akhirnya memberanikan diri untuk melamar gadis berkenaan dan bertunang pada 8 Ogos lalu.Mereka kemudian selamat diijabkabulkan pada 30 November lalu dengan majlis yang sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) memandangkan Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyaratο»Ώ (PKPB).Sementara itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Azlan juga memberitahu tidak salah sekiranya seseorang lelaki berterus terang untuk... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *