Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sempat Tengok Cucu Bernikah, Nenek Nabil Mahir Meninggal Dunia

today8 February 2021

Background

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T dan siapa lah kita sebagai manusia biasa untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

Tanggal 7 Februari, pengacara Nabil Mahir yang juga merupakan suami kepada Ayda Jebat ada kongsikan berita mengejutkan tentang kematian neneknya yang tercinta.

Menurut perkongsian Nabil di laman Instagram miliknya, pengacara berusia 33 tahun itu memaklumkan bahawa Allahyarhamah neneknya, Nyak Chut Azizah telah menghembuskan nafas terakhir pada Maghrib 7 Februari lalu.

Allahyarhamah neneknya sempat menyaksikan pernikahan Nabil dan Ayda yang dilangsungkan pada tanggal 1 Januari lalu.

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nabil di laman Instagram turut bersimpati atas pemergian yang tak dijangka itu.

Semoga roh Allahyarhamah nenek Nabil ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Sumber foto: Instagram Nabil Mahir

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Viral Pemberita Tersasul Sebut Kampus Jadi ‘Pampers’ Semasa Live Undang Tawa Ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemberita itu sendiri iaitu Syairul Islam, dia ketika itu sedang bersiaran langsung di TV sambil mengupas topik tentang pelajar universiti pulang ke kampus.Walau bagaimanapun, dia dengan tidak sengaja terlepas cakap satu perkataan yang telah membuatkan ramai ketawa besar. Dia yang bercakap dengan agak laju ketika itu ingin menyebut perkataan kampus, namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia terlepas cakap pampers dengan riak […]

today8 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *