Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sempena Hari Jadi Ke-26, Aiman Hakim Hargai Pengorbanan Zahirah Bergelar Ibu Di Usia Itu

today1 February 2021

Background

1 Februari 2021 menandakan genapnya usia 26 tahun buat pelakon jelita, Zahirah Macwilson yang juga baru bergelar seorang ibu pada 5 Januari lalu.

Masih dalam tempoh pantang, Zahirah dan suami yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza kini berada di Australia sejak Oktober 2020.

Bersempena ulangtahun kelahiran itu, Aiman telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Aiman menulis pada ruangan caption:-

“Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson !!!

Thank you for being a great mum to our son. Thank you for sacrificing your time, body, youth, and even your birthday for raising our child with all the love in the universe. Nothing can replace or exchange what you have done and both of us appreciate every tiny subtomic bit of it!! Love you mummy!!! Nanti dah habis pantang we go makan2 just the three of us okay!!! Its a date!!! Daddy belanja!!!”

Selain ucapan hari jadi untuk si isteri, Aiman menzahirkan penghargaan buat Zahirah atas pengorbanannya dalam membesarkan bayi pertama mereka.

Ini kerana Zahirah dianggap telah berkorban waktu, badan, dan zaman mudanya untuk bergelar seorang isteri dan ibu.

Dalam pada itu, Zahirah turut membalas ucapan suaminya dengan menulis:-

“Thank you sayang & thank you anak mummy! I love you both sooo much! Bestest birthday yet ?
Can’t wait for our family date ?

Ohhh and I love this pic ????”

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Semoga keluarga kecil mereka ini akan berbahagia selamanya.

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy birthday buat Zahirah Macwilson!

 

Baca artikel berkaitan: “Hadiah Paling Terbaik” Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Kini Bergelar Ibu Dan Bapa!

Sumber: Instagram Aiman Hakim Ridza

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

collage

Sosial

Azmeer Yusof Rasa Bersalah Terlepas Pandang Jiran Susah, Mahu Bina Rumah Baru Buat Mak Cik Ini

“Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni,” itu ungkapan yang diucap oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof apabila mengetahui bahawa ada jirannya yang hidup dalam kesusahan. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook pagi ini, Azmeer menyatakan bahawa dia merasa serba salah selepas terlepas pandang nasib yang menimpa jirannya, justeru dia […]

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *