Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Sepatutnya Bernikah Hari Rabu 21 Oktober Tapi Dipercepatkan, Mira Filzah Tetap Bersyukur Ketentuan Ilahi

today22 October 2020

Background

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai pasangan yang gusar tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Ada yang terpaksa membatalkan ataupun menunda ekoran tidak mahu menjadi punca penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara ketika ini.

Tetapi lain pula bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah yang mempercepatkan majlis pernikahan serta persandingannya bersama dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar.

Menurut Mira menerusi laman Instagram Story miliknya, beliau sepatutnya diijabkabulkan pada hari Rabu, 21 Oktober.

Namun, susulan beberapa faktor, mereka terpaksa mempercepatkan majlis tersebut kepada 3 September 2020 selain masih bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

“21/10/2020 was actual date of Nikah. And somehow because of this and that, tarikh nikah dipercepatkan pada 3/9/2020. Indeed, Allah is the best of planners,” tulisnya

Dalam hantaran yang sama, Mira turut memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa selain berkongsi sepotong ayat Al-Quran.

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ALHAMDULILLAH - MIRA FILZAH AKHIRNYA  BERGELAR ISTERI WAN EMIR ASTAR

Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah buat Mira dan semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke syurga..

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Tanpa Van Dijk, tiada masalah

Amsterdam: Jurgen Klopp tabik semangat juang Liverpool yang beraksi tanpa Virgil van Dijk namun masih mampu menang 1-0 di Ajax dalam perlawanan pembukaan kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Skuad Klopp dijangka kehilangan Van Dijk untuk baki saingan musim ini selepas tonggak pertahanan tengah itu mengalami kecederaan lutut yang serius ketika menentang Everton minggu lalu. Ramai menjangkakan Liverpool bakal bergelut tanpa Van Dijk tetapi pemain tengah Brazil, Fabinho tangkas beraksi... […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *