Sebut sahaja nama Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dipanggil Che Ta, pasti perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran ialah kecantikan dan keberanian Che Ta dalam berfesyen.
Bagi yang mengikuti Che Ta di laman Instagram, pasti tahu bahawa setiap kali menganjurkan apa sahaja acara keluarga atau menghadiri sesuatu program, mereka sekeluarga lah yang paling menyerlah, lagi-lagi apabila mengenakan warna yang sedondon.
Baru-baru ini Che Ta yang juga anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah menyambut meriah ulangtahun kelahiran suaminya, Zain Saidin yang ke 37 tahun di kediamannya bertemakan garden dan serba ungu.
View this post on Instagram
Memuat naik foto dengan menulis di ruangan kapsyen :
“alhamdulillah! setiap taun mmg mcm ni ja kami celeb8 bday .. buat makan2 jmput adik beqadik , jemput @puazmanofficial so makan lah sambil dgr che man “bebel” .. time ni lah kami kumpul semua soalan utk sesi soal jawab ? @zainsaidin23”
Menurut Che Ta, sambutan hari jadi suaminya itu dilakukan secara sederhana, bersama adik beradik, anak-anak dan turut sama berada di situ adalah pendakwah terkenal iaitu PU Azman yang juga merupakan rakan baik mereka.
Jom kita lihat foto-foto di sekitar majlis sambutan hari jadi Zain!

Wah serba sedondon dan cantik lah keluarga Che Ta ni. Suka tengok keluarga mereka!
Kami di Hot FM mendoakan supaya keluarga Che Ta dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-37 Zain!
Sumber : Instagram Rozita Che Wan