Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Seronok Berbasikal Merentas Negeri Semasa PKPB, Bella Dally Ditahan Untuk Siasatan

today21 October 2020

Background

Berbasikal adalah salah satu aktiviti riadah yang sihat dan santai yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Kebelakangan ini, ramai yang mula menceburi sukan berbasikal, bukan sahaja dalam kalangan atlet, malah rakyat Malaysia dan rakan-rakan artis juga turut sama mencuba sukan berkenaan.

Salah seorangnya adalah pelakon jelita, Bella Dally yang sangat aktif berbasikal ketika ini.

Bella juga dilihat selalu berkongsi gambar melakukan aktiviti itu di laman sosial Instagramnya @belladally.

https://www.instagram.com/p/CGMcKceBhXl/

Akan tetapi baru-baru ini, sumber mengesahkan pelakon itu ditahan di IPD Gombak pada 20 Oktober 2020 untuk siasatan kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang ketika ini.

Bella didapati bergerak dari rumah mereka di Dutamas menuju ke sebuah restoran di Gombak dan meletakkan kenderaanya di sana.

Kemudian kembali meneruskan perjalanan berbasikal melalui Jalan Gombak Lama menuju ke arah Genting Sempah dan berpatah balik untuk bergerak ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Bella ditahan untuk diambil keterangan sebelum dilepas dengan jaminan.

Sementara itu, sebelum ditahan, Bella didakwa memuat naik sekeping gambar dia menyertai aktiviti berbasikal bersama rakannya dengan kapsyen,

 “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana”

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon itu kerana khuatir membawa jangkitan Covid-19 di daerah dan negeri zon hijau. Ada juga yang mempersoalkan bagaimana Bella boleh merentasi sempadan Selangor dan Pahang.

“Mana boleh berbasikal, aku hendak pergi ke taman pun kena halau, ini pula berbasikal. Boleh melalui sempadan ke atau ada orang beri pelepasan?” – @official_erynawal

Sementara itu, @ismedina90 pula berpendapat, aktiviti sukan boleh dilakukan di rumah seperti saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Berbasikal di rumah pun bersenam juga. Sahut cabaran Dr. Noor Hisham. Jika tiada apa-apa urusan duduk di rumah. Kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Tak risau ke?” soalnya.

Setakat ini, Bella tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, aktiviti sukan tidak bersentuhan dan program latihan berpusat bagi atlet masih dibenarkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikenakan PKPB.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage-14

Sosial

Seperti Buat Nano Mist, Ini Barang ‘Awesome’ Untuk Segarkan Kereta Anda Dengan Bermodalkan RM12

Kereta anda bau hapak walaupun sudah menggunakan pewangi kereta? Mesti anda stress dan bingung mahu lakukan apa agar kereta anda kekal wangi. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @dzulizhar telah berkongsi sebuah video tutorial bagaimana untuk mewangikan kereta anda sendiri seperti di kedai cuci kereta. Tutorial menggunakan hidden gems kat MR DIY ?. Jimat duit ko RM40 buat nano mist kat kedai car wash. Barang RM11.50 je kat MR DIY… pic.twitter.com/93J9lu9UZ0 — […]

today21 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *