Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Shera Aiyob ‘Mengamuk’ Taknak Masuk Dapur Beberapa Jam, Ini Puncanya

today22 January 2021

Background

Sebagai seorang isteri dan ibu, pastinya tugas penting mereka ialah di dapur bagi memasak untuk anak-anak dan suami yang tersayang.

Namun bagaimana pula sekiranya seorang ibu itu tidak mahu masuk ke dapur disebabkan terdapat seekor makhluk yang bergelar cicak di dalam sinki?

Nampaknya mungkin pelakon Shera Aiyob masih belum memasuki dapurnya semenjak 21 Januari lalu selepas mendapati seekor cicak yang ‘bermain-main’ di dalam sinki rumahnya terlepas entah ke mana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob)

“Potong betul lah benda alah ni. Aku nak cuci pinggan dia pergi melepak dalam tu. Hari tu dia landing atas tangan aku pun aku tak habis geli lagi lahhh! Yih”

Pelakon drama Iman Ke Syurga itu telah kongsikan detik cemas beliau ‘berperang’ bersama dengan cicak tersebut dan mengakui bahawa beliau tidak akan berasa aman selagi cicak itu tidak dibunuh.

Ramai turut terhibur dengan video berkenaan lagi-lagi selepas mendengar suara ‘jantan’ Shera menjerit apabila cicak tersebut melompat.

Harap-harap cicak tersebut dah dijumpai la, risau pula kalau Zahiril Adzim dan anak mereka, Nadi Anaqi tak makan sehari suntuk.

Jangan main-main tau kalau ada yang geli dengan cicak ni, boleh jadi fobia ya!

Sumber foto dan video: Instagram Shera Aiyob

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (3)

Sosial

Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku

Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian video yang memaparkan seekor gajah bertindak menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar pada Selasa lepas. Kejadian tersebut dipercayai telah dirakam oleh seorang lelaki yang berada di sekitar kawasan tersebut namun gajah dewasa yang dianggarkan berusia 35 tahun tersebut tidak bertindak agresif. “Seekor gajah masuk dalam Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik dipercayai untuk mencari makanan. “Kejadian sempat... Klik sini untuk […]

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *