Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Fizie dan Shuib sering menghiburkan para pendengar di Hot FM setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat.
Tapi kalau mereka ni bergandingan dengan Sarancak, memang jadi makin riuh serta buat penonton ikut terhibur dengan telatah mereka.
Pada 18 Disember 2020, satu video telah dimuat naik di YouTube Hot TV dengan tajuk Jangan Gelak! #1 (Lan Solo, GPH & Sarancak).
Melalui video tersebut, GPH dan Sarancak perlu bermain cabaran ‘jangan gelak’ bersama dengan tetamu jemputan iaitu Lan Solo.
Seperti tajuk video tersebut, kelima-lima mereka perlu duduk di kerusi berwarna kuning secara bergilir-gilir dan didatangi peserta yang cuba membuat lawak.
Antara yang menarik adalah bila giliran Shuib, Shuk telah mengajak Shuib untuk ‘pumping’ dengan memperlihatkan perutnya.
Ia terus membuat Shuib tidak dapat menahan ketawanya, dan kalah kepada Shuk dengan aksi itu.
Di ruangan komen, para peminat turut menyatakan bahawa mereka terhibur dengan video yang dikongsikan.
Sumber: YouTube Hot TV
Post comments (0)