Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Siap Pakai Bulu Mata Palsu, Ramai Kata Lara Alana Boleh Jadi Model!

today10 February 2021

Background

Baru sahaja berusia 7 tahun, nampaknya anak sulung pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari bakal bergelar model tidak lama lagi.

Seperti ibu bapa yang lain, Scha dan Awal tidak pernah menghalang apa yang mahu dilakukan oleh Lara dan sebelum ini mereka pernah memberitahu bahawa mereka tidak akan mengongkong Lara apabila si kecil itu sudah besar nanti.

Scha ada memuat naik foto baharu Lara kelihatan saling tak tumpah seperti seorang model dengan memakai alat solek serta mengenakan anting-anting panjang berserta bulu mata palsu!

Ini tak lain tak bukan mesti ikut perangai mak dia ni, main makeup makeup siap fake eyelashes ya!

Komen yang ditinggalkan nampaknya seperti terkejut melihat kecantikan Lara dan beranggapan bahawa satu hari nanti si kecil itu bakal menjadi model seperti ibunya juga.

Tak dinafikan mungkin satu hari nanti Lara juga akan mengikut jejak kedua ibu bapanya itu kan memandangkan darah seni itu mengalir di dalam badannya.

Bak kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Rasanya Lara boleh geng dengan Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu Che Ta kot? Geng suka main makeup makeup kan.

Sumber foto: Instagram Scha Alyahya

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Kucing Ini Cuba ‘Mengawan’ Atas Pokok, Tapi Penamatnya Pula Buat Ramai Bikin Dekah

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kucing berkenaan yang menjerit seperti meminta tolong.Malah, ada juga yang menganggap ianya seperti balasan kerana melakukan 'aksi' tersebut tidak kira tempat.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 387.7K likes, 7563 comments dan 19.6K shares di TikTok.Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

today10 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *