Baru sahaja berusia 7 tahun, nampaknya anak sulung pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari bakal bergelar model tidak lama lagi.

Seperti ibu bapa yang lain, Scha dan Awal tidak pernah menghalang apa yang mahu dilakukan oleh Lara dan sebelum ini mereka pernah memberitahu bahawa mereka tidak akan mengongkong Lara apabila si kecil itu sudah besar nanti.
Scha ada memuat naik foto baharu Lara kelihatan saling tak tumpah seperti seorang model dengan memakai alat solek serta mengenakan anting-anting panjang berserta bulu mata palsu!
Ini tak lain tak bukan mesti ikut perangai mak dia ni, main makeup makeup siap fake eyelashes ya!
Komen yang ditinggalkan nampaknya seperti terkejut melihat kecantikan Lara dan beranggapan bahawa satu hari nanti si kecil itu bakal menjadi model seperti ibunya juga.
Tak dinafikan mungkin satu hari nanti Lara juga akan mengikut jejak kedua ibu bapanya itu kan memandangkan darah seni itu mengalir di dalam badannya.
Bak kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Rasanya Lara boleh geng dengan Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu Che Ta kot? Geng suka main makeup makeup kan.
Sumber foto: Instagram Scha Alyahya