Connect with us

Yang Hangat

Siapa Individu Di Sebalik Emoji Dalam Instagram Noor Nabila?

Siapa tu..

Published

on

Selepas mengakui serba-salah sejurus memuat naik video di Instagram Story memaparkan PU Riz sedang bersembang dengan Neelofa disertai emoji hati, baru-baru ini kakak kepada pengacara itu sekali lagi memuat naik gambar baharu yang boleh mencetuskan spekulasi.

Gambar berkenaan memaparkan mereka sekeluarga baru sahaja selepas menunaikan solat berjemaah di sebuah kediaman.

Namun, tiada sebarang pengakuan ataupun kenyataan dibuat oleh Noor Nabila.

Sebelum ini, Noor Nabila menjelaskan emoji hati atau cinta yang dikongsikan itu hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adiknya.

“Ia tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah salah tafsir perkara itu. Pada majlis terbabit, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik tudung baharu Neelofa di sebuah pusat beli belah di ibu negara pada 1 Oktober lalu.

Namun, dalam masa yang sama Noor Nabila mengakui PU Riz seorang individu dan pengajar yang baik dalam berkongsi ilmu agama.

“Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam solat tarawih Ramadan lalu. Kami memang seronok belajar agama dengannya.” ujarnya lagi

Jadi, anda semua mesti dah boleh agak siapa imam dalam gambar tu kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.