Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Siapa Kacau Aku Ludah!’- Zarina Anjoulie Pertahankan Safawi Rasid

today14 October 2020

Background

Semakin ramai pemain bola sepak Malaysia kini berjaya membawa nama sehingga ke luar negara sehingga ada yang menempa nama bersama dengan kelab di luar negara

Terbaharu, bekas pemain Johor Darul Ta’zim iaitu Safawi Rasid telah berjaya bermain di bawah pasukan luar negara, Portimonense S.C di Portugal.

Namun pada 14 Oktober lalu, ketika dalam satu sidang media yang dilakukan oleh pasukan berkenaan bagi memperkenalkan pemain baharu mereka itu, Safawi telah dikecam oleh netizen di Malaysia.

Disebabkan tidak biasa bercakap menggunakan Bahasa Inggeris, sudah pasti Safawi mempunyai kesukaran untuk bertutur dalam bahasa kedua itu.

Oleh itu, dia telah dikecam kerana kelemahannya itu walaupun perkara berkenaan hanya la masalah kecil sahaja.

Akibat geram dengan kecaman itu, pelakon Zarina Anjoulie terpanggil untuk memberi pandangannya yang tersendiri mengenai isu tersebut.

https://www.instagram.com/p/CGNLuJxDZBf/

Baginya, Safawi tidak sepatutnya dikecam kerana dia telah berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke luar negara, mengapa masih ada yang mahu mengecamnya?

At least dia cuba cakap English, bukan cakap Melayu dekat sana. Macam mana nak maju kalau sikit-sikit nak sindir, nak bahan, biar la dia belajar. Power juga dia dapat main untuk kelab international daripada korang terperap je dekat rumah tak buat apa-apa.

Malah, ada juga netizen yang turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zarina itu.


Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Zarina itu, ada baiknya kalau kita terus menyokong bukannya mengecam disebabkan perkara kecil begitu.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

‘Orang Malaysia Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?’

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyelar tindakan RapidKL menggunakan bahasa cina untuk mempromosikan iklan di dalam perkhidmatan mereka. Di dalam satu hantaran terbaharu di laman Facebook, PPIM telah mempersoal tindakan RapidKL yang memaparkan beberapa iklan berbahasa cina di dalam salah sebuah keretapi yang berada di bawah kelolaan mereka. “Orang Malaysia dah tak reti bahasa melayu ke?” Tanya PPIM sebelum menyambung, “Lagi sekali iklan yang tidak menggunakan... Klik sini […]

today14 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *