Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Siti Nurhaliza Tunjuk Nasi Ayam, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak Bila…

today23 November 2020

Background

Sehingga hari ini, masih lagi menjadi tanda tanya sama ada benar atau tidak penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi ini hamil anak kedua?

Pada 23 November, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @IniAlannn yang merupakan salah seorang peminat tegar Tokti telah memuat naik video pendek daripada laman Instagram milik penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1330768165333155843

Video berkenaan menunjukkan Tokti sedang merakam nasi ayam yang diterima tetapi lain pula yang menjadi perhatian beberapa netizen.

Mereka mengatakan bahawa ternampak seperti baby bump di dalam video tersebut dan bersetuju bahawa ada kemungkinan TokTi kini sedang hamil anak kedua.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi Instagram story milik TokTi yang lain, juga menampakkan bayang-bayang bentuk badannya yang persis seperti sedang mengandung.

Rata-rata netizen berasa teruja dan tumpang gembira sekiranya perkara itu benar berlaku.

Mungkin ramai sudah mengetahui bahawa sebelum ini Tokti sangat aktif dalam sukan berbasikal tetapi semenjak dua menjak ini dia tidak lagi mengikuti suaminya, Datuk Khalid berkayuh bersama dengan team yang lain.

Perkara itu membuatkan ramai bersetuju dengan andaian yang diberikan tetapi berita itu masih lagi belum disahkan sendiri oleh tuan empunya badan.

Bukan itu sahaja, Aafiyah juga pernah banyak ‘kantoikan’ ibunya di dalam beberapa video dan memberi hint dia bakal mendapat adik tidak lama lagi.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1309144715036688388

Sekitar tahun 2018 yang lalu, Tokti ada menjalani kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan puteri sulung mereka iaitu Siti Aafiyah.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengharapkan untuk dikurniakan cahaya mata kedua.

Kalau betul la TokTi tengah pregnant sekarang, rasanya satu Malaysia pun akan gembira sama seperti beliau mengumumkan kehamilan pertamanya sebelum ini. Semoga doa ini dimakbulkan ya!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Bimbang Tak Belajar, Cikgu Ini Sanggup Redah Hujan Demi Anak Murid

Menurut Wan Ridhuan Muhammad yang merupakan suami kepada Cikgu Noor Aniza, isterinya bimbang jika anak-anak muridnya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tidak belajar di rumah. Cikgu Noor Aniza menyiapkan modul pembelajaran dan mengajak suaminya untuk menghulurkan kerja rumah kepada setiap anak murid. Sebanyak 7 perhentian dan 38 murid yang Cikgu Noor Aniza berjumpa untuk serahkan modul.Walaupun hujan lebat, Cikgu Noor Aniza lega kerana niatnya tercapai dapat... Klik […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *