Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Siti Saleha Pecah Rahsia, Dedah Nama Individu Sering Beli Kopi Untuk Wan Sharmila

today28 October 2020

Background

Bukan mudah untuk seseorang itu move on daripada drama rantaian yang sering ditonton, namun ia sudahpun melabuhkan tirainya.

Contoh yang boleh diberikan ketika ini termasuklah drama 7 Hari Mencintaiku lakonan hebat Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Lizza Abdullah dan ramai lagi.

Dalam menunggu sambungan drama tersebut yang dikatakan bakal dikeluarkan tahun 2021, Siti Saleha mengambil inisiatif untuk mengeluarkan beberapa video menerusi saluranYouTube miliknya bagi memenuhi permintaan peminatnya.

Terkini, Siti Saleha berjaya mendapatkan rakan baiknya iaitu Wan Sharmila untuk ditemubual:-

Pelbagai soalan telah diajukan dan dijawab dengan baik antaranya termasuklah erti rakan yang baik buat Wan Sharmila.

Sementara itu, Siti Saleha turut sempat mengajukan soalan berkenaan hal peribadi Wan Sharmila.

Namun, beliau enggan berkongsi secara terperinci selain menunjukkan tidak minat untuk bersosial di luar dan mengakui gemar meluangkan masa bersendirian.

Pada minit ke 8:50 video tersebut, Siti Saleha secara tidak sengaja memaklumkan bahawa terdapat individu yang sering membelikan kopi buat Wan Sharmila.

“Lala suka minum kopi, dia akan belanja kita semua dekat set minum kopi. Sampai ‘Kepeng’ pun selalu belikan dia kopi,” ujar Siti Saleha

Bagi yang tidak mengetahui, Kepeng adalah nama gelaran buat pelakon Syazwan Zulkifly yang ketika ini sering dikaitkan dengan Wan Sharmila.

 

Sumber daripada: YouTube Siti Saleha TV

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Maloney puji prestasi Luqman | Harian Metro

Kuala Lumpur: Kejayaan bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin memecah tembok skuad utama KV Kortrijk (KVK) turut memberi perkhabaran gembira buat pasukan kebangsaan khususnya skuad bawah 19 tahun (B-19) negara. Luqman, 18, yang bersaing dalam Jupiler Pro League Belgium muncul sebagai pemain pertama Malaysia yang beraksi di liga utama Eropah dipantau rapat oleh barisan kejurulatihan negara terutamanya menjelang pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di... Klik sini […]

today27 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *