Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Suami Emma Maembong Positif COVID-19

today14 January 2021

Background

Virus COVID-19 semakin pantas menular dalam komuniti akhir-akhir ini.

Berita selebriti-selebriti yang positif virus tersebut juga semakin kerap didengar.

Terbaharu pada 14 Januari 2021, suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Shazli Azhar, telah berkongsi tentang perkembangan dirinya yang positif COVID-19 melalui Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

Shazli menulis pada ruangan caption:-

“Swab test done by @kumpulan_megaklinik_zahran very professional and fast.. they can come to your house and do it..and my results came out positive… but Alhamdulillah getting better .. be safe guys and follow sop”

Memberitahu tentang keputusan swab test itu, Shazli bagaimanapun berkongsi keadaan dirinya yang semakin membaik.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada para pengikut Instagramnya yang meninggalkan komen-komen.

Mereka juga tertanya-tanya tentang keadaan Emma Maembong dan bayi mereka.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Shazli cepat sembuh!

 

Sumber: Instagram Shazli 

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Murray positif Covid-19 | Harian Metro

London: Andy Murray belum pasti dapat menyertai Terbuka Australia selepas ujian mendapati dia positif Covid-19. Bekas pemain nombor satu dunia itu sepatutnya terbang ke Australia menaiki pesawat khas disewa penganjur kejohanan tetapi sebaliknya masih menjalani kuarantin di rumahnya di London. Menurut akhbar Britain, kesihatan Murray dalam keadaan baik dan dia berharap dapat tiba di Australia selepas tamat tempoh kuarantin ditetapkan. Pemain berusia 33 tahun itu adalah naib juara lima kali... […]

today14 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *