Pada 14 Januari 2021, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli mengumumkan mereka disahkan positif COVID-19.
Bayi mereka pula negatif dan diserahkan kepada kakak Emma untuk dijaga sementara waktu.

Pada 18 Januari 2021, Emma telah membuka ruang untuk para peminatnya bertanya soalan di Instagram story.
Antara soalan yang diterima adalah mengenai punca Emma mendapat virus tersebut.
Soalan itu dijawab Emma dengan membuat video balasan.

Menurut Emma, beliau dan suami sudah menjaga garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan, selain memakai pelitup muka serta menggunakan sanitizer.
Bagaimanapun mereka tetap dijangkiti, oleh itu Emma tidak tahu apa punca yang menyebabkan hal itu berlaku.
Selain itu, ditanya mengenai sebab Emma ingin melakukan swab test, beliau memberitahu ia kerana Shazli mempunyai simptom, yang seterusnya mendorong untuk mereka membuat tindakan tersebut.

Terdapat satu soalan tentang bagaimana bayi mereka negatif COVID-19, sedangkan Emma dan suami positif virus itu.

Katanya, beliau bersyukur akan perkara tersebut dan menganggap bayinya dijaga oleh Allah.
Emma menambah, antara sebabnya juga adalah memberi susu badan kepada bayi, kerana ia mempunyai pelbagai vitamin yang bagus.
Berdasarkan video-video daripada Instagram story beliau, Emma masih menunjukkan kesihatan dirinya yang baik, Alhamdulillah.
Semoga Emma dan suami akan sembuh secepatnya dan dapat bertemu bayi mereka semula tidak lama lagi.
Baca artikel berkaitan: “Good Boy Tak Nangis Pun,” Bayi Emma Maembong Bebas COVID-19
Sumber: Instagram Emma Maembong
Post comments (0)