Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata Kronik Kerana Buatan Orang, Ini Pandangan Netizen…

today7 November 2020

Background

Sejak setahun lalu, bekas anggota INTEAM iaitu Suhaimi Saad dikatakan mengalami masalah sakit mata yang kronik dan disebabkan itu dia terpaksa merujuk perkara itu kepada pihak hospital.

Usah sibuk dan risau urusan orang' - Suhaimi Saad | Astro Awani

Namun selepas berjumpa dengan beberapa pakar perubatan Islam, dia diberitahu bahawa kemungkinan dia mengalami gangguan ilmu hitam.

Sebelum ini nama Suhaimi Saad agak terkenal kerana telah mencetuskan kontroversi apabila dia mengeluarkan pendapat peribadinya mengenai anti vaksin serta dakwaan bumi berbentuk rata.

Suhaimi Saad Hidap Sakit Mata Kronik, Terpaksa Berjalan Menggunakan  Tongkat. · MYKMU.NET

Menurut siaran Instagram live miliknya memberitahu bahawa laporan kesihatan yang diberikan oleh pihak hospital pastinya akan mengambil fakta daripada segi saintifik sahaja dan jika melalui rawatan Islam, kemungkinan apa yang terjadi kepadanya ada kaitan dengan unsur berkenaan.

Disebabkan itu dia masih lagi dalam usaha ikhtiar secara fizikal dan rohani serta akui turut percaya dengan ubat-ubatan.

Alami sakit mata kronik, Suhaimi Saad tidak menolak terkena gangguan sihir  - Hiburan | mStar

Dia memaklumkan bahawa penglihatannya sudah mulai kabur, kelabu serta silau sehingga membataskan pergerakan hariannya.

Oleh itu, isterinya iaitu Ina Naim kini menjadi mata keduanya bagi membantu dia melakukan aktiviti harian di rumah atau di luar.

Selepas berita tentang keadaannya ini mendapat liputan, netizen mula memberi komen peribadi mereka.

Ada yang beranggapan Suhaimi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital jika tidak mahu keadaan dirinya bertambah melarat di kemudia hari.

Mereka juga menasihatkan Suhaimi untuk ‘serah diri’ dan mula menerima rawatan daripada pakar.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

PKPB Di Seluruh Semenanjung Kecuali Tiga Negeri Mulai 9 November

Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri berkenaan dibenarkan seperti biasa.Sementara itu, katanya, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bagaimanapun, katanya, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching."Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti diumum dan dilaksanakan dalam PKPB sebelum... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *