Terpisah dengan ahli keluarga kerana COVID-19 antara perkara yang menyedihkan.
Namun ia satu perjuangan supaya dapat mengelak kebarangkalian jangkitan berlaku dalam keluarga.
Umum kita ketahui pelakon Harris Annuar telah disahkan positif COVID-19 sebelum ini setelah pulang dari Langkawi.
Beliau kemudiannya menjalani kuarantin diri di rumah sewanya.
Pada 15 Januari 2021, perkhabaran yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba setelah ujian terkini mendapati Harris telah bebas daripada virus tersebut, Alhamdulillah!
Perkara itu beliau kongsikan di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Harris memuat naik satu video menunjukkan detik beliau bertemu kembali ibunya yang digelar Kak Ton.
View this post on Instagram
Perkongsian itu disertakan dengan caption:-
“Aboy dah balik Mummy ? @lagendakakton #BangkitBotak #CovidFighter”
Kak Ton nyata teruja melihat anak terunanya setelah agak lama terpisah.
Prihatin dengan situasai pandemik ketika ini, Harris tidak terus mendekati ibunya kerana perlu membersihkan diri terlebih dahulu seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Semoga berita baik ini dapat memberi semangat kepada pesakit-pesakit yang masih berjuang melawan COVID-19, kerana ada keluarga yang setia menanti perkhabaran dan kepulangan ahli keluarga mereka.
Baca artikel berkaitan: Ajarkan Doa Elak Fitnah Akhir Zaman, Netizen Hargai Perkongsian Harris Annuar
Sumber: Instagram Harris Annuar
Post comments (0)