Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sweet Qismina Tegur Cara Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

today26 January 2021

Background

Persekolahan sesi 2021 masih tidak dapat dijalankan secara biasa kerana majoriti murid perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ini kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikenakan atas peningkatan jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

Oleh itu, untuk proses pengambilan dan penghantaran buku teks juga dijalankan dengan cara berbeza.

Mengulas perkara ini, pelakon Sweet Qismina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 26 Januari 2021.

Perkongsian Sweet yang diambil daripada akaun Twitter beliau itu menegur proses pengambilan dan penghantaran buku teks yang dianggapnya kurang sesuai.

Ia setelah beliau mengalaminya sendiri bagi urusan itu untuk adik perempuannya.

Melalui perkongsian itu, Sweet menyentuh tentang usia ibu bapa atau penjaga yang menggalas tugas untuk proses tersebut.

Ada di antara mereka yang sudah berusia dan cuaca yang panas pula menambahkan keletihan.

Selain itu, buku teks yang berat dikira menjadi beban buat mereka.

Isu tiada bantuan untuk pergerakan juga membuatkan mereka sukar untuk ke tempat yang sepatutnya dengan saiz sekolah yang agak besar.

Sweet juga mengakhiri perkongsian itu dengan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Buat ibu bapa atau penjaga yang mengalaminya pasti lebih tahu bagaimana proses berkenaan dijalankan di sekolah.

Apa pula pendapat anda?

 

Baca artikel berkaitan: Muat Naik Video Di IG, Sweet Qismina Terkejut Dihujani Komen-Komen Negatif Dari Negara ‘Jiran’

Sumber: Instagram Sweet Qismina

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pentingnya Wajib Pakai ‘Sunblock’ Walaupun Dalam Rumah

Menerusi video perkongsian tersebut, doktor yang dikenali sebagai Dr. Ingky itu menjelaskan betapa pentingnya pemakaian sunblock dalam rutin penjagaan muka yang betul.Dia menjelaskan beberapa masalah kulit bakal berlaku jika kita tidak menggunakan penggunaan sunblock seperti masalah kedut di muka, pigmentasi dan kulit akan cepat menjadi kering.Lihat video penuh itu di bawah:

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *