Wanita dalam pantang selepas melahirkan mempunyai amalan tradisional yang diamalkan termasuklah dari segi pemakanan dan cara rawatan.
Bertungku adalah salah satu amalan penting yang diamalkan ketika berpantang, yang mana ia dikatakan dapat memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.
Pada 4 November 2020, pelakon Farah Nabilah telah memuat naik satu video berkongsi dirinya sedang melakukan proses bertungku.

Apa yang menarik adalah proses itu dibantu oleh suaminya sendiri iaitu Mohamed Amirul. Sweetnya!
Bagus sebenarnya jika seseorang suami boleh berada kerap di samping seorang isteri dan membantu isteri terutamanya ketika menjalani proses berpantang.
Baru-baru ini Farah telah memperkenalkan nama bayi lelakinya sebagai Andre Omar bin Mohamed Amirul.
Namun wajah si comel itu belum lagi dipamerkan untuk tatapan umum setakat ini.
Semoga urusan berpantang Farah berjalan lancar dan sentiasa dalam keadaan sihat bersama baby Andre!
Baca artikel sebelum ini:Â Farah Nabilah, Suami Sepakat Pilih Nama Andre Omar
Sumber: Instagram Farah Nabilah
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)