Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Syeriv Dimasukkan Ke Hospital, Syatilla Melvin Susah Hati Terpaksa Teruskan Bekerja

today4 March 2021

Background

Pengorbanan seorang ibu yang bekerja memang tidak dapat disangkal lagi.

Ini kerana para ibu kebanyakannya lebih banyak masa diluangkan bersama anak-anak berbanding bapa yang keluar mencari rezeki.

Oleh itu berpisah dengan anak-anak walaupun hanya untuk seketika, pasti mengundang rasa berbeza dalam hati mereka.

Perkara tersebut berlaku kepada pelakon Syatilla Melvin.

Beliau memberitahu hal tersebut melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada 4 Mac 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Melalui caption:-

“TADI MENANGIS MENGAMUK, TIBA2 DIAM

Ya allah moment di atas sampai bila2 takkan bubu lupa. Sedihnya ya allah tengok anak kita mcm tu???

Terpaksa tidokan dia utk jahit bibir dia atau dia akan meronta2 klu jahit dlm keadaan sedar?”

Menceritakan perkara yang berlaku, Syeriv dikatakan telah terjatuh dan terkoyak bibir.

Anaknya itu terpaksa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan.

Lebih menggusarkan, suaminya iaitu pelakon Shaheizy Sam turut tiada bersama anak-anak kerana ada urusan kerja.

Sementara itu, Syatilla merasakan beliau sudah mengerti perasaan seorang ibu yang terpaksa melihat keadaan anak yang sedang sakit.

“Ya allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba2 terdetik, mcmana lah perasaan mak2 yg kena hadap anak kecik sakit kronik, cancer dh sebagainya, allahuakhbar moga allah kuatkan semangat ibu2 semua! Mcm ni pun rasa xsanggup tengok?”

Bagaimanapun, Syatilla tetap perlu meneruskan penggambaran kerana kerja itu juga melibatkan masa orang lain.

“Bayangkan hati xsenang fikir anak tiba2 kena lari sambung shooting. Terpaksa akur utk menghormati masa org lain yg terlibat sama. Depa pun ada family tggu kt rumah.

Susah hati jgn ckp la, tp alhamdulillah allah lancarkan semua. Dripada sedih tiba2 kena bertukar buat lawak dlm campaign #rinduasmararaya ? kalau korang agak2 mampu tak??

Ni lahh yg dikatakan korban perasaan utk kerja. Aku mmg tabik org2 yg berjaya lalu apa yg tilla bru lalu harini. Mungkin org luar nmpk biasa, tpi bgi aku sgt luar biasa??

Doakan syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik? 7 jahitan habuan utk @syeriv_samheizy anak bubu harini ya allah”

Dapat bayangkan rasa susah hati Syatilla dalam keadaan tersebut.

Semoga Syatilla diberikan kekuatan, dan semoga Syeriv cepat sembuh.

 

Baca artikel berkaitan: “Copy Paste Perangai,” Syatilla Melvin Berat Hati Nak Pergi Kerja Tengok Shaheizy Sam Dan Sarima Menangis

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Written by: Hasanah Yusof


Previous post