Agak-agak korang ada tak anak atau anak buah yang berperangai pelik macam anak pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam ini?
Bak kata Syatilla, boleh sakit dada melayan kerenah kedua-dua anaknya iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Syatillah ada kongsikan video pendek berdurasi 1:15 saat di laman Instagram miliknya memperlihatkan Sheriv dengan sengaja meletakkan permainan kereta api di atas kepala adiknya sehingga rambut si comel itu tersekat di roda!
View this post on Instagram
Kenapa abang buat macam ni dekat adik? Tahu tak rambut adik tersangkut dalam ni? Adik bawa ke mana je benda alah ni atas kepala dia.
Kejap nak on…
Usaha Syatilla untuk mengeluarkan roda itu daripada rambut Sarima nampaknya gagal sehingga mereka terpaksa menggunting sedikit rambutnya.
Lebih melucukan apabila Syeriv sempat membuat muka garang apabila disuruh untuk meminta maaf kepada adiknya itu.
Comel betul la budak berdua ni, geram je tengok banyak akal si abang tu.
Rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat mereka berdua ini dan tidak pernah bosan apabila Syatilla memuat naik video anak-anaknya.
Post comments (0)