Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tak Larat Nak Angkat Janna Nick, Andi Bernadee Dapat Bantuan ‘Tangan Ghaib’

today9 February 2021

Background

Jangan ingat orang kurus ni tak mampu nak angat apa-apa yang melebihi daripada berat badan dia ya…

Buktinya pelakon Andi Bernadee dilihat ‘sanggup’ untuk mengangkat Janna Nick ketika menjayakan satu babak di dalam drama Melastik Ke Hatimu walaupun hakikatnya ada yang membantu dari tepi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Video behind the scene drama berkenaan yang dikongsikan oleh akaun Instagram Drama Sangat telah berjaya membuat penonton terhibur melihat aksi krew bersama dengan Janna dan Andi sendiri.

Jika dilihat mungkin kita dapat menganggap bahawa Andi ‘tak cukup kuat’ untuk mengangkat Janna tetapi demi menjayakan babak berkenaan, mereka terpaksa mendapatkan bantuan tangan ‘ghaib’.

Terdapat dua orang krew dilihat mengangkat kerusi yang menjadi penahan untuk Janna supaya dapat memudahkan Andi untuk mengendong pelakon berusia 26 tahun itu.

Ramai terhibur melihat gelagat mereka dan turut berharap agar ada sambungan kedua untuk drama ini.

Bila tengok dekat TV, nampak macam Andi sendiri yang angkat Janna, rupa-rupanya kita ‘ditipu’ ya!

Apa pun itu merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang pelakon itu demi menjayakan watak yang diberikan.

Sumber video dan foto: Intagram Drama Sangat dan Instagram Andi Bernadee

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Amaran Kepada Pemilik Kereta Tayar ‘Kangkang’, Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan Menanti

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang akan dikeluarkan oleh pihak PDRM mengenai isu tersebut.Malah, ada yang membangkitkan pelbagai isu yang perlu diambil tindakan kepada sesetengah pemilik kenderaan.Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 671 likes, 100 comments dan 173 shares di laman Facebook.Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada netizen di Facebook:

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *