Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tak Lepas Update Perkembangan Anak, Dayah Bakar Tabah Hampir Setahun LDR Dengan Suami

today14 December 2020

Background

Bagaimana agaknya pengacara Dayah Bakar dapat mengharungi hari-harinya daripada mengandung sehingga melahirkan anak, tanpa suami di sisi selama hampir setahun.

Dayah yang kini berjauhan dengan suaminya iaitu Kaptem Hanif Hamidi tidak pernah ketinggalan kongsikan perkembangan tumbesaran anak sulung mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri yang kini sudah berusia 4 bulan.

Menurut Dayah, dia akan sentiasa memastikan suaminya dapat menyaksikan moment penting dalam pembesaran anak mereka.

“Another milestone for Baby Achbar Muhammad Fahri. Sebenarnya dari haritu Fahri dah cuba nak pusing, tapi harini dia mcm buat show la, and we get to record it.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Pengacara program Borak Kopitiam itu telah berkongsi video pendek memperlihatkan beliau sedang melakukan video call bersama dengan suaminya bagi menunjukkan aksi Achbar berguling.

Menerusi komen yang ditinggalkan, terdapat beberapa rakan artis dan netizen turut teruja melihat video tersebut sehingga ada yang menitipkan doa buat keluarga kecil ini.

Mereka turut mendoakan semoga satu hari nanti mereka sekeluaga dapat berkumpul dan menjalani kehidupan seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Kini, Kapten Hanif sedang menjalankan tanggungjawab bertugas di Australia dan sebelum ini Dayah turut berkongsi video mereka berpisah di lapangan terbang pada awal Januari lalu.

Dayah dan Kapten Hanif telah berkahwin pada Julai 2018 yang lepas dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada sekitar Ogos.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Andre tarik diri, tumit cedera

Kuala Lumpur: Hasrat pemegang rekod kebangsaan lompat jauh negara, Andre Anuar untuk melayang lebih jauh di kejohanan simulasi olahraga selepas cemerlang pada sesi ujian dua minggu lalu tidak kesampaian apabila mengalami kecederaan tumit. Kecederaan itu menyebabkan lompatan terganggu seterusnya terpaksa menarik diri daripada meneruskan percubaan. Katanya, keputusan itu terpaksa diambil bagi mengelakkan kecederaan lebih serius biarpun kejohanan simulasi itu penting untuk menilai... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *