Siapa sahaja mahu melihat hubungan sesama ahli keluarga kucar-kacir disebabkan isu dalaman yang mungkin berlaku setelah tinggal sebumbung bersama keluarga besar.
Pastinya pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari biarpun memiliki keluarga yang kecil namun tiada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak.
Tidak menjadi titik tolak, pastinya ada kebaikan mahupun kelemahan jika sesetengah pasangan lebih selesa atau mungkin terpaksa tinggal bersama-bersama ahli keluarga yang lain selepas berumah tangga, namun isu perselisihan faham di antara satu sama lain mungkin boleh berlaku jika tidak saling menjaga.
Hal yang sedemikian turut dikongsi oleh pelakon, Syatilla Melvin atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin yang berpendapat bahawa beliau lebih terbuka untuk tinggal berasingan daripada tinggal secara berkumpulan bersama adik-beradiknya.
View this post on Instagram
caption:
“Mak2 selalu ckp BIAR BYK RUMAH TPI JGN BYK DLM 1 RUMAH. Maksudnya bila dh kawin keluaq duduk rumah sendiri. Biar kecik jnji rumah sendiri. Sebab?
Bila dekat bau taik, jauh bau bunga?? Tapi kan mak, masalahnya sekarang semua duk 1taman. Tu kira mcmna ah? Agak annoying jugak tu???
Umum mengetahui bahawa pelakon ini sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab dan sering terlihat ‘gila-gila’ namun, Tilla menyifatkan keluarganya lebih selesa untuk tidak tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

“So true! Tak perlu duduk rumah semua adik beradik macam family Kardashian tu?? nanti jadi toxic….???”
Meskipun terdapat kebaikan apabila tinggal bersama adik beradik atau keluarga mertua misalnya bagi yang baharu sahaja berkahwin dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi, hal yang demikian mungkin mendatangkan keburukan lain kepada golongan wanita yang perlu menjaga aurat jika berada bersama saudara bukan muhrim atau ipar-duai.
Terdahulu, sering kita mendengar nasihat mahupun pesanan daripada ‘orang-orang tua’ untuk hidup berdikari serta sekaligus dapat menyemaikan lagi hubungan suami-isteri.
Malah ianya lebih terjamin serta tidak membataskan ikatan perkahwinan sehingga ada yang berlakunya pencerian disebabkan hal yang demikian.

Menerusi caption Tilla, beliau menjelaskan bahawa meskipun tidak tinggal bersama, mereka masih berada di kawasan perumahan yang sama di mana mungkin mudah bagi mereka untuk meluangkan masa bersama dalam cara mereka mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Best tau ada adik-beradik yang supporting ni, tapi kadang-kadang tu boleh bergaduh manja juga ya, apa yang penting harus selalu menjaga ikatan persaudaraan kerana ‘air yang dicincang takkan putus’ ya.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Syatilla Melvin