Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tak Masuk Pintu Lagi, Anak Kembar Datin Sri Zizie Izette Panjat Pagar Sekolah

today4 January 2021

Background

Hari pertama ke sekolah nampaknya bukan la kenangan yang indah buat salah seorang anak kembar pelakon Datin Sri Zizie Izette apabila Aadam Zac Izette telah cuba untuk ‘melarikan diri dari tadika’.

Menerusi perkongsian beberapa keping video di laman Instagram miliknya, kelihatan pada mulanya pasangan kembar itu nampak takut-takut untuk menghabiskan hari mereka di sekolah.

Tidak sangka beberapa ketika selepas itu, Aadam berjaya memanjat pagar sebelum ‘diselamatkan’ oleh salah seorang guru di situ.

Ramai netizen terhibur melihat keletah pasangan kembar itu dan berharap agar mereka dapat membiasakan diri di sekolah selepas ini.

Dalam masa yang sama, Zizie turut kongsikan foto Aaleph dan Aadam yang kini sudah dapat menyesuaikan diri bersama dengan rakan-rakan dan suasana di sana.

Akui sedih melihat anak-anaknya menangis, Zizie turut menitiskan air mata di rumah sambil menunggu masa untuk mengambil mereka di sekolah.

Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izzette dan Aalisa Belle Izette serta turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Sumber foto: Instagram Zizie Izette

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Geng Ini Basikal Kena Kejar Anjing, Semua Pecut Dah Macam Pelumba Negara. Lawak!

Ianya sudah menjadi seperti trend kerana aktiviti berbasikal ini dapat dilihat merata tempat.Namun, pemilihan lokasi bagi aktiviti ini pula adalah berbeza mengikut kemahuan individu itu sendiri. Ada yang mahu di kawasan perkampungan, ada yang mahu mengayuh di kawasan tumbuhan yang menghijau dan ada juga yang memilih untuk mengayuh di atas jalan raya.Tetapi, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan geng basikal berdepan detik cemas kerana dikejar oleh […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *