Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Tak Semua Orang Berani Mengaku Kesalahan”- Aliff Aziz Dibebaskan, Bella Astillah Luah Perasaan

today28 September 2020

Background

Bukan sahaja taat dan setia kepada suami, dia juga sanggup menerima tohmahan netizen demi suami tercinta, itulah isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang sentiasa ada di sisi suaminya.

Bella baru-baru ini berkongsi mengenai Aliff yang dibebaskan pada Ahad lalu, selepas dijatuhi hukuman penjara dua minggu lalu dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura, kerana mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/CEvUNDYDI6m/

Apabila ditanya mengenai pembebasan Aliff, Bella mengatakan bahawa suaminya sudah menerima balasan di dunia menerusi hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penyanyi itu.

“Tak semua orang berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya”

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut-mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama.”

Aliff Aziz keluar penjara, Bella Astillah tetap bangga - “Dia dah terima balasan di dunia dan sedang memperbaiki diri” - Hiburan | mStar

“Aliff sudah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.”

https://www.instagram.com/p/B_XYIR9jXx3/

Biarpun ujian yang diterima Aliff berat, namun dia bangga dengan suaminya kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *