Sejak malam semalam, 26 Disember 2020 hangat diperkatakan tentang hubungan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berhubung dakwaan dirinya dikatakan sudah bernikah bersama PU Riz, malah ada juga yang mendakwa pengacara terkenal itu terkena buatan orang atau pun ‘pengasih’ dari bakal suaminya dan turut memberinya sejumlah wang pada setiap bulan.
Tampil menjawab desas-desus yang diperkatakan, Neelofa secara tenang dan ringkas memuat naik satu video di laman Instagram bagi menjawab dakwaan dan andaian berkenaan.
View this post on Instagram
Neelofa di dalam video berkenaan menafikan sekeras-kerasnya segala dakwaan dan andaian kononnya diri terkena pengasih dan sudah bernikah bersama PU Riz di Kelantan.
“Saya sendiri terkejut bila saya baca dan melihat andaian-andaian yang keluar. Sememangnya tak betul, tak berasas dan tak wajar. Saya sedang berubat lah, saya ada transfer some money lah, dan saya bernikah di Kelantan, sangat sangat tidak betul. Semua ini adalah tuduhan yang sangat berat”
Mengenai status Neelofa dan PU Riz sekarang ini, usahawan itu memberitahu bahawa sama seperti pasangan yang lain, mereka juga sedang diuji.
“Sebenarnya tak manis untuk saya mengeluarkan statement berlebihan dan membelakangi keluarga. Apa yang saya boleh cakap adalah berikan kami masa, dan juga doakan kami untuk mencari titik penyelesaian yang terbaik antara kedua belah keluarga.”
Usahawan itu juga dilihat sudah tidak mengenakan cincin risik yang pernah diberikan oleh keluarga PU Riz.
Dalam pada itu, Neelofa memohon orang ramai supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dan meminta mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Kami di Hot FM mendoakan semoga Neelofa diberi kekuatan dan jumpa jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Amin.
Baca artikel sebelum ini : Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa
Post comments (0)