Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tangisan Pertama Si Comel, Farah Nabilah Dapat Baby Boy!

today23 October 2020

Background

Alhamdulillah, pelakon terkenal Farah Nabilah atau pun lebih mesra dipanggil Fawaa telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya pada  22 Oktober 2020 di sebuah Hospital swasta di Ampang.

Berita gembira itu dikongsi Fawaa menerusi video berlatarbelakangkan warna hitam, berserta tangisan pertama bayi lelakinya itu di laman sosial Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CGpisHup3Ow/

Pelakon itu turut meluahkan rasa syukur dan memberitahu bahawa bayi lelakinya berada dalam keadaan sihat.

“Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya”

Memilih untuk tidak mendedahkan wajah dan nama bayi sulungnya terlebih dahulu, Fawaa berkata dia akan berkongsi bila sudah tiba masanya nanti. Awhh tak sabar nak tengok baby Fawaa!

Meninjau ruangan komen di laman sosial Instagram miliknya, ramai rakan artis dilihat berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Dalam pada itu, Fawaa turut mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan dan turut berpesan kepada semua untuk jaga diri dalam situasi pandemik ini.

“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.”

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Bale gembira dihargai, disayangi | Harian Metro

Paris: Gareth Bale berkata dia berasa gembira apabila "disayangi dan dihargai" ketika membantu Tottenham menang 3-0 ke atas LASK dari Austria dalam saingan Liga Europa awal pagi ini. Pemain antarabangsa Wales memulakan perlawanan pertama sejak kembali dari Real Madrid dan beraksi sejam sebelum Jose Mourinho merehatkannya. Bale pemain gantian pada Ahad lalu dengan Tottenham mendahului 3-0 berdepan West Ham sebelum pasukannya gagal mempertahankan kedudukan itu untuk perlawanan berakhir dengan... Klik […]

today23 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *