“Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan..”
Itulah pepatah biasa yang didengari dan sesuai buat bakal pengantin yang kini berhadapan kesukaran dalam merancang majlis yang diidam-idamkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia ketika ini.
Perkara berkenaan turut dirasai pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri yang merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2o21.
Menerusi temubual Syamel dalam program Malaysia Hari Ini (MHI), penyanyi serba boleh itu menyatakan bahawa kebanyakan tarikh yang dipilih sudah habis ditempah.
“Bukan tak cuba, saya dan Ernie cuba buat temujanji, bila tekan link semuanya dah penuh,” ujarnya
Sementara itu menerusi laman Instagram Syamel, beliau telah memuat naik satu video kompilasi foto sekitar majlis pertunangannya dengan diiringi lagu Ayat-Ayat Cinta.
View this post on Instagram
Video itu turut mendapat reaksi daripada Ernie Zakri dan selebriti-selebriti tempatan yang lain:-
Dalam pada itu, ramai turut menitipkan doa buat pasangan ini:-
Semoga urusan bakal pengantin di luar sana turut dipermudahkan dan terus tabah ya!
Sumber foto: Instagram Syamel
Post comments (0)