Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal, Tasha Shilla pasti mengetahui bahawa beliau kini sedang sarat mengandung 7 bulan, anak pertamanya bersama Muhammad Atiq Idris.
Berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, Tasha dilihat menyertai kelas senaman untuk menguatkan kandungan dan tubuh badannya bersama suami.
Perkara itu dikongsinya di laman Instagram miliknya :
View this post on Instagram
Menulis di kapsyen :
“Alhamdulillah, hari ni Tasha dah mulakan senaman untuk pregnancy yang paling sesuai sebab teknik pernafasan sangat smooth dan impak yang rendah pada badan tidak beri kesan-kesan sampingan seperti lenguh atau terjatuh / terseliuh. Thank you @elainepilates ❤️ @aolpilates
@atiqidris husband pun boleh workout untuk golf fitness dia, tak lama lagi nak pukul bola lagi tegak & jauh ?️♀️”
Wahhh nampaknya Tasha sedang membuat persediaan mental dan fizikal, ye lah lagi 2 bulan sahaja beliau bakal mengubah panggilan kepada mommy!
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan kata-kata baik buat Tasha dan juga suaminya.
Kami di Hot FM juga mendoakan supaya Tasha sihat dan selamat melahirkan bayinya nanti!
Untuk rekod, Tasha selamat bergelar isteri kepada Atiq pada 28 februari 2020 dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah.
SUMBER : Instagram Tasha Shilla
Post comments (0)