Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terharu Ada Makcik Hantar Keropok Masa Shooting, Fedtri Yahya Luah Rasa Syukur

today15 November 2020

Background

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Peribahasa itu mungkin sesuai digunakan selepas melihat video pendek yang dikongsikan oleh pengacara hebat, Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya)

Difahamkan Fedtri bersama dengan beberapa krew produksi sedang menjalani pengambaran di sebuah lokasi di sekitar Kuala Terengganu.

Dalam kepanasan matahari, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang wanita dari kawasan perumahan berhampiran membawa dua bekas keropok lekor berserta sos untuk dijadikan makanan ringan buat mereka.

Susah-susah je makcik bawak keropok. Terima kasih makcik ya.

Biasa dah, kita suka bagi makan-makan. Sikit je ni, makanan ala kadar je.. Makcik suka bagi makan, kalau orang saja-saja nak makan minum kat rumah tu susah pulak.

Posting berkenaan mendapat pujian daripada ramai netizen yang beranggapan wanita tersebut merupakan seorang yang pemurah.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menjelaskan itu merupakan budaya penduduk di Pantai Timur yang mana gemar menjamu tetamu yang ada.

Semoga sikap pemurah makcik ini dapat dijadikan contoh oleh kita semua!

Ada yang teringin nak makan keropok lekor ke tu? Sabar ya, habis PKPB ni nanti kita cari keropok lekor okay!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

Unik, Masjid Di Kelantan Sediakan Ruang Gimnasium

Masjid Mukim Sri Aman, Pasir Putih di Kelantan kini menjadi masjid pertama yang menyediakan kemudahan tempat kecergasan atau gimnasium. Gimnasium itu rasmi dibuka semalam dan tujuannya adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga setempat dan para jemaah masjid. Sinar Harian melaporkan, ketua takmir Masjid Mukim Sri Aman, Ab Razak Mat Saad berkata kemudahan gimnasium itu dapat dimanfaatkan sekitar 1,000 jemaah yang hadir ke... Klik sini untuk baca artikel […]

today15 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *