Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Likes 68.8 Juta, Peminat Gelar Majlis Mira Filzah ‘Wedding Of The Year’

today31 December 2020

Background

Tahun 2020 ini sememangnya banyak mengajar kita daripada pelbagai segi, lebih-lebih lagi dengan wabak pandemik Covid 19 ini ia banyak mengubah hidup kita semua.

Begitu juga pada pelakon cantik manis, Mira Filzah apabila tahun 2020 ini merupakan tahun terbesar untuk dirinya apabila beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September lalu.

Makin Digilai, Peminat Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Sebagai  Wallpaper Handphone

Bagi mengakhiri tahun 2020, Mira memuat naik kompilasi gambar top 9 sepanjang tahun 2020 ini di laman Instagram miliknya.

Siapa sangka, sepanjang 2020 Mira telah menerima sebanyak 68.8 juta tanda suka pada gambar yang pernah dimuat naik olehnya pada tahun ini.

Lebih istimewa lagi apabila kebanyakan gambar yang tersenarai dalam top 9 itu ialah ketika majlis pernikahannya serta gambar bersama keluarga dan suami tersayang!

Disebabkan gambar tersebut, ramai peminat menyifatkan perkahwinan Mira sebagai ‘Wedding Of The Year‘!

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut mendoakan keharmonian rumah tangga Mira bersama dengan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Agak-agak tahun 2021 ni siapa la selebriti tempatan yang akan mendirikan rumah tangga ya?

Sumber foto: Instagram Mira Filzah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2020-12-31T115024.612

Sosial

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Jika anda berada di Facebook beberapa hari kebelakangan ini, besar kemungkinan akan terlintas di timeline anda mengenai individu bernama PrinceMeed dan rawatan Islam yang diterimanya. Mungkin ada yang mencuba untuk menonton dengan lebih lanjut atau ada juga yang mungkin membiarkannya berlalu sahaja. Tetapi buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, PrinceMeed adalah merupakan seorang YouTuber Malaysia dan mempunyai hampir sejuta subscriber di salurannya PrinceMeed LIVE!,... Klik sini untuk baca […]

today31 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *