Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terpaku Tak Kedip Mata, Tatapan Anak Aliff Aziz Buat Ramai Melting

today4 January 2021

Background

Selepas lima bulan tak bertemu dengan bapanya, kini anak pelakon Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna nampaknya tidak mahu sia-siakan waktu yang terluang ini.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu telah memuat naik satu video pendek memperlihatkan beliau sedang menyanyikan sebuah lagu khas buat puteri kesayangannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@iamaliffaziz)

Daripada mula Aliff menyanyi sehingga lah lagu tersebut habis, Ara hanya menatap wajah bapanya itu sambil tersenyum dan hanya mengedipkan mata beberapa kali sahaja.

Mungkin kerana terpaku dengan suara lunak bapanya, Ara kelihatan tenang mendengar Aliff menyanyikan lagu Indah Pada Waktunya, nyanyian asal oleh Dewi Perssik.

Ramai peminat berasa teruja melihat aksi spontan Ara dan turut mendoakan supaya hubungan keluarga mereka bertambah rapat.

Aliff telah mendirikan rumah tangga bersama dengan isteri tersayang iaitu Bella Astillah pada 2016 yang lalu serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber foto: Instagram Aliff Aziz

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Pelitup Muka ETS

Sosial

Yakin ‘Customer Is Always Right’, Penumpang ETS Ini Enggan Memakai Pelitup Muka Meskipun Disuruh

Hampir setahun menyerang Malaysia, pastinya orang ramai sudah cukup faham dengan isu pandemik yang melanda. Memakai pelitup muka di tempat awam serta mengikuti SOP yang ditetapkan sudah menjadi kewajipan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak merbahaya ini. Dalam pada itu, masih terdapat lagi individu yang keras kepala serta enggan mengikut peraturan yang ditetapkan. Malah, yakin apa yang dilakukan tidak salah serta bertentangan dengan SOP yang ditetapkan. Situasi... Klik […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *