Hot FM

Terpaku Tak Kedip Mata, Tatapan Anak Aliff Aziz Buat Ramai Melting

Selepas lima bulan tak bertemu dengan bapanya, kini anak pelakon Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna nampaknya tidak mahu sia-siakan waktu yang terluang ini.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu telah memuat naik satu video pendek memperlihatkan beliau sedang menyanyikan sebuah lagu khas buat puteri kesayangannya itu.

Daripada mula Aliff menyanyi sehingga lah lagu tersebut habis, Ara hanya menatap wajah bapanya itu sambil tersenyum dan hanya mengedipkan mata beberapa kali sahaja.

Mungkin kerana terpaku dengan suara lunak bapanya, Ara kelihatan tenang mendengar Aliff menyanyikan lagu Indah Pada Waktunya, nyanyian asal oleh Dewi Perssik.

Ramai peminat berasa teruja melihat aksi spontan Ara dan turut mendoakan supaya hubungan keluarga mereka bertambah rapat.

Aliff telah mendirikan rumah tangga bersama dengan isteri tersayang iaitu Bella Astillah pada 2016 yang lalu serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber foto: Instagram Aliff Aziz

Exit mobile version