Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik popular, Yusuf Iskandar Bin Hairul Azreen di mana dari bayi sehingga kini sudah berusia 4 tahun, masih lagi menjadi perhatian ramai terutamanya buat peminat anak selebriti.
Terbaharu, ayahnya yang juga pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen memuat naik satu video di Instagram bermain piano menerusi telefon bersama si cilik itu.
View this post on Instagram
Melalui video berkenaan, Hairul dilihat meminta Yusuf untuk memainkan satu lagu buatnya,
“Play 1 song for me please?” minta Hairul
“I want to sing happy birthday and twinkle twinkle little star” ujar Yusuf
Yusof menerusi video itu dilihat sangat pandai menyanyikan lagu berkenaan walaupun sedikit pelat!
Maklumlah, untuk mengingati chord lagu bukanlah sesuatu yang mudah bukan?
Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya mengatakan Yusuf pintar dan telatahnya itu sangat comel!
Untuk rekod, laman sosial Instagram Yusuf kini sudah mencecah 2.8 juta pengikut, manakala adik perempuannya Alisa Aisyah kini mencecah 1.2 juta pengikut.
Wowww dasyat bethol anak-anak Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ni!
Post comments (0)