Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tidak Berhasrat Tangguh Perkahwinan, Ernie Zakri Mohon Doa Ramai

today13 January 2021

Background

Hubungan antara penyanyi Syamel dan Ernie Zakri nampaknya tidak perlu dipersoal lagi selepas mereka selesai mengikat tali pertunangan sekitar Ogos 2020.

Selain penangguhan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) yang melayakkan Ernie sebagai salah seorang finalis, peminat pasti turut tertanya-tanya tentang tarikh perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, tular satu artikel menyatakan pasangan berkenaan mungkin akan menangguhkan majlis perkahwinan mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri yang dikuatkuasakan dari 13 Januari 2021.

Tampil memperbetulkan kenyataan, pelatun lagu Boneka itu menjelaskan perkara sebenar.

“Tidaklah pening, dan kami tidak juga tangguh inshaAllah,” tulisnya

Ernie turut melahirkan rasa kesal dengan artikel yang dikeluarkan kerana ia tidak selari dengan kenyataan yang diberikan.

Sementara itu, menerusi posting lain di laman Instagram miliknya Ernie sekali lagi memberi penekanan berkenaan dengan urusan perkahwinannya.

“Tak marah, kita OK je. Obviously semua orang tengah ada masalah masing-masing bila PKP diumumkan dan banyak juga perkara yang harus kita selesaikan,”

Menurutnya, mereka seboleh-bolehnya mengelakkan perkataan tangguh kerana tidak berhasrat untuk menangguhkan sebarang acara atau majlis setakat ini.

Masih bersifat optimis, Ernie menjelaskan majlis perkahwinan mereka akan berjalan seperti yang dirancang sekiranya PKP tidak dilanjutkan lebih lama.

“Semua ni kami mampu merancang, tapi Dia tentukan,”

Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Ernie memohon pengikutnya agar mendoakannya.

Apa-apa pun, semoga Ernie terus kuat mengharungi ujian ini dan Hot FM turut mendoakan agar urusan kalian dipermudahkan..

Sumber foto: Instagram Ernie Zakri

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Jaringan Salah terbaik Disember | Harian Metro

London: Rembatan lencong daripada Mohamed Salah ketika menentang Crystal Palace dipilih Jaringan Terbaik Liverpool untuk Disember. Bintang Mesir itu dinobatkan pemenang untuk kali keempat berturut-turut pada 2020-21 ketika membantu Liverpool berpesta gol 7-0 di Selhurst Park. Bola rembatan Salah tepat menuju ke penjuru gawang Palace daripada jarak 18 meter dan jaringan itu mendapat undian tertinggi daripada penyokong sebagai jaringan terbaik Disember. Roberto Firmino menduduki tempat... Klik sini untuk baca artikel […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *