Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tidak Cepat Melatah, PU Riz Percaya Akan Ada Jalan Penyelesaiannya Nanti

today28 December 2020

Background

Masih belum reda dengan spekulasi masalah perhubungan antara selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz, pasti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku antara mereka.

Memberi sedikit pencerahan, Neelofa telah membuat satu penjelasan ringkas mengenai hal tersebut melalui satu video yang dimuat naik di Instagram pada 27 Disember 2020.

Antara yang dijelaskan, beliau menafikan tentang tuduhan yang dilemparkan berkaitan isu ‘pengasih’ dan pemberian sejumlah wang kepada PU Riz.

Namun begitu, masih belum ada penjelasan berkenaan hal ini daripada pihak PU Riz.

Tanpa cepat melatah dengan isu yang hangat diperkatakan ini, pada 28 Disember 2020, PU Riz telah memuat naik satu perkongsian di Instagram story.

Dengan perkongsian tersebut, PU Riz seakan memberi respon dengan perkara yang masih diperkatakan ini.

Bagaimanapun, kedua-kedua mereka semestinya sedang mencari titik penyelesaian untuk menjernihkan keadaan yang terjadi antara mereka yang turut melibatkan kedua-dua belah keluarga.

Semoga permasalahan yang dihadapi oleh Neelofa dan PU Riz ini dapat diselesaikan secara baik.

 

Baca artikel berkaitan: Tampil Jawab Spekulasi Sudah Bernikah Dan Terkena Pengasih PU Riz, Neelofa Tenang Mohon Doa Orang Ramai

Sumber: Instagram PU Riz

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

132303752_10158177207847683_7845947482515958095_o

Sosial

Bantu Jadikan Bandaraya Mesra Muslim, Anak Malaysia Ini Terima Anugerah Rakyat Kehormat Seoul

Pernah satu ketika, jejaka bernama Muhammad Khalid Ismail ini telah menjadi buah mulut warganet kerana kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Korea di rancangan televisyen Korea Selatan, Abnormal Summit. Terbaharu, Khalid telah dianugerahkan anugerah rakyat kehormat Seoul oleh Datuk Bandar Seoul sendiri di atas usahanya untuk membantu bandaraya tersebut menjadi mesra muslim. Berdasarkan perkongsian Khalid di akaun rasmi Facebook miliknya, pengiktirafan tersebut diberikan di atas... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today28 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *